Wednesday 11 January 2012

Malaysia Negara Miskin?????


Definasi Kemiskinan
Kemiskinan biasanya ditakrifkan secara relatif mengikut keadaan masyarakat di sesebuah negara. Dua konsep kemiskinan yang biasa digunakan adalah kemiskinan mutlak yang merupakan konsep dinamik dan kemiskinan relatif yang merupakan konsep ketidaksamaan pendapatan. Pengukuran yang kerap digunakan bagi mengukur kemiskinan mutlak adalah kadar kemiskinan yang merupakan peratus penduduk atau isirumah yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan.
Kemiskinan Mutlak                         
Ditakrifkan sebagai satu keadaan di mana pendapatan kasar bulanan tidak mencukupi untuk membeli keperluan minimum sesebuah isirumah yang diukur berdasarkan tahap perbelanjaan minimum atau pendapatan garis kemiskinan (PGK).
Kemiskinan Relatif
Ditakrifkan sebagai ketidaksamaan pendapatan antara kumpulan. Ianya diukur dengan menggunakan nisbah perbezaan pendapatan kumpulan pendapatan, kumpulan etnik dan penghuni bandar dan luar bandar.
Satu lagi pengukur kemiskinan relatif yang sering digunakan adalah peratus isirumah dengan pendapatan misalnya kurang daripada separuh pendapatan penengah atau purata.
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) - PGK ditakrifkan sebagai pendapatan yang hanya mencukupi untuk membeli keperluan minimum sekumpulan barangan makanan untuk mengekalkan ahli-ahli isirumah dalam keadaan zat pemakanan yang baik dan keperluan asas yang lain seperti pakaian dan kasut, sewa rumah, bahan api dan tenaga, pengangkutan dan komunikasi, penjagaan kesihatan, pendidikan dan rekreasi. PGK dikemaskini setiap tahun berdasarkan Indeks Harga Pengguna.
Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) sesebuah keluarga itu dikategorikan miskin jika pendapatan sebulannya di bawah RM720 di Semenanjung Malaysia, RM960 di Sabah dan RM830 di Sarawak. Manakala keluarga yang berpendapatan RM430 di Semenanjung Malaysia, RM540 untuk Sabah dan RM520 bagi Sarawak diklasifikasi sebagai miskin tegar.
Di Malaysia kemiskinan diukur berdasarkan pendapatan seisi rumah yang dikira mengikut PLI dan sesebuah keluarga itu dianggap miskin jika pendapatannya di bawah PLI, dalam pembentangkan Bajet 2009, kadar kemiskinan tegar isi rumah di negara ini menunjukkan penurunan 43 peratus dalam tempoh tiga tahun iaitu 67,300 (2004) kepada 38,400 (2007).
Pesuruhjaya Suhakam Dr Hirman Ritom Abdullah berkata berdasarkan statistik kebangsaan (berdasarkan PLI) pada tahun 1970-2007, secara keseluruhannya kadar kemiskinan di Malaysia ialah 49 peratus tetapi menurun kepada 5.7 peratus pada 2004 dan 3.6 peratus (2007). Bagi jumlah kelompok yang dilabel sebagai miskin tegar pula katanya ia menurun daripada 1.2 peratus (2004) kepada 0.7 peratus (2007). Jurang kemiskinan di luar bandar dan bandar amat ketara dan amat membimbangkan. Begitu juga jurang antara keluarga berpendapatan rendah dengan tinggi. Pada 2004 misalnya, kemiskinan di luar bandar ialah 11.9 peratus dan menurun kepada 7.1 peratus manakala miskin tegar 2.9 peratus (2004) kepada 1.4 peratus (2007). Maknanya setiap 100 keluarga (di luar bandar) tujuh daripadanya masih dalam kelompok miskin.

Merujuk statistik dan data dari Kementerian Kewangan.Kerajaan Kelantan hari ini mendedahkan bahawa kadar kemiskinan di Kelantan telah menurun kepada 4.1 peratus pada 2008 berbanding 7.2 peratus pada 2007 dan 10.4 (2004).Ini bermakna kadar kemiskinan di Kelantan 0.3 peratus lebih tinggi daripada purata kadar kemiskinan peringkat negara iaitu 3.8 peratus. Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, bagi kategori penduduk miskin tegar Kelantan hanya mempunyai 0.6 peratus, di mana jumlah itu jauh lebih rendah berbanding peringkat kebangsaan 0.8 peratus.
Kenyataan media oleh Nga Kor Ming di Taiping pada hari Khamis, 24hbJun 2010, Negeri Perak telah menjadi Negeri yang mempunyai bilangan paling banyak dalam jumlah keluarga berpendapatan rendah kurang dari RM2,000 sebulan dan Perak turut merosot menjadi negeri ketiga paling miskin selepas Sabah dan Terengganu. Mengikut statistik Jabatan Perdana Menteri, 40% keluarga rakyat Malaysia, iaitu 2.4 juta keluarga di seluruh negara berpendapatan kurang dari RM2,000 setiap bulan, manakala Perak mempunyai bilangan yang paling banyak, iaitu 192,000 keluarga, atau 12.5% dan diikuti oleh Sabah, Johor, Kedah dan Sarawak. 40% lagi rakyat Malaysia berpendapatan di antara RM2,300 hingga RM5,599. Hanya 5.9% keluarga rakyat Malaysia mempunyai pendapatan bulanan lebih dari RM10,000.00. Keadaan ini jauh menepati sasaran di mana menjelang 2015, rakyat Malaysia berpendapatan purata RM52,000.00(USD15,000) setiap tahun.
Antara usaha-usaha yang dilakukan bagi mengurangkan kadar kemiskinan Negara adalah dengan mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah diperkenalkan pada tahun 1971. Matlamat tersurat dasar ekonomi ini – mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. Ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata: (a) mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan (b) menstruktur semula masyarakat untuk mewujudkan keseimbangan ekonomi antara kaum di Malaysia dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Secara rasmi, DEB tamat pada 1990. Ia seterusnya digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional pada 1991 hingga 2000. Ia sepatutnya diikuti dengan Dasar Wawasan 2020 yang mengamalkan pandangan yang lebih liberal, namun muncul semula golongan yang masih menghendaki pemulihan DEB dalam agenda nasional yang baru.Dasar-dasar ekonomi sedemikian perlu mempunyai had masa. Ia tidak boleh diteruskan tanpa tempoh. Ia akan membebankan ekonomi secara keseluruhannya.Dasar-dasar ekonomi ini, yang telah dilaksanakan lebih daripada 38 tahun, memperlihatkan Malaysia mempunyai jurang perbezaan pendapatan di antara kaya dan miskin yang paling besar dalam negara-negara Asean.

Merujuk United Nations Human Development Report 2004, Malaysia mempunyai jurang golongan kaya-miskin yang paling luas di rantau ini. Sebanyak 10 peratus rakyat Malaysia mempunyai kekayaan berlebihan 22 kali ganda daripada 10 peratus rakyat Malaysia yang paling miskin. Malah, 10 peratus rakyat Malaysia yang terkaya itu menguasai 38.4 peratus ekonomi negara, tetapi 10 peratus rakyat termiskin hanya menikmati 1.7 peratus sahaja ekonomi negara.
Pelaksanan dasar ekonomi negara kita kebelakangan ini secara tidak langsung menunjukkan tanda-tanda bahawa kita menolak kemunculan globalisasi dengan mengekalkan sekatan-sekatan seperti kuota ekuiti syarikat, rangka struktur syarikat, pemberian kontrak-kontrak kerajaan dan lain-lain lagi. Sekatan-sekatan ini akan menyekat pembangunan negara kita dan seterusnya semua rakyat Malaysia akan terpinggir dalam arus pembangunan ekonomi global. Kita tidak boleh lagi menafikan bahawa globalisasi sangat penting untuk perkembangan ekonomi negara kita. Pelaksanaan dasar ekonomi sedemikian dengan secara langsung atau tidak langsung telah mengasingkan kaum dalam segala bidang kehidupan di Malaysia seperti dalam perniagaan, pekerjaan, pendidikan, pemikiran dan sebagainya

Sehingga kini, matlamat dasar ekonomi tersebut tidak tercapai sepenuhnya.Sekakat ini, sebahagian rakyat Malaysia khasnya kaum Melayu masih di paras kemiskinan. Sedia maklum, indeks komposit Bursa Malaysia pada umumnya ada kala naik, ada masa turun. Akan tetapi, berapa tahun dahulu pencapaian kedudukan akademik Universiti Malaya menjunam dari tangga 89 ke tangga 102. Malah, kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2006 yang dikeluarkan oleh Transparency International jatuh dari tangga 39 ke tangga 44 daripada 163 buah negara yang dikaji. Pelaksanaan dasar ekonomi negara perlu dijalankan secara berkesan, telus dan adil untuk memastikan penyertaan semua komuniti dan lapisan masyarakat. Ia mesti berasaskan perlembagaan negara yang menjamin hak-hak semua kaum.

No comments:

Post a Comment